Strategi Neobux: Kerja Sambilan Dari Rumah Tanpa Modal

STRATEGI NEOBUX: JANA PENDAPATAN DENGAN KERJA SAMBILAN DARI RUMAH TANPA MODAL

Berikut ialah strategi bagaimana nak menjana duit dengan kerja sambilan dari rumah tanpa modal dengan program Neobux. Ini adalah strategi bagaimana untuk menjana pendapatan tambahan yang lebih baik dari internet, hanya dari depan laptop/desktop dari keselesaan rumah anda. Boleh buat secara part time bila ada masa lapang, bukannya susah pun, klik iklan je!

Terdapat banyak laman web yang menawarkan strategi dan tips (hanya google je Strategy Neobux, anda akan jumpa. Saya akan tunjukkan satu versi strategi neobux..

Anda boleh mulakan dengan sedikit pelaburan modal jika anda ada duit, tapi sebenarnya anda boleh memulakan dengan TIADA wang yang keluar daripada poket anda! Anda boleh menggunakan pendapatan yang anda dapat dari upah klik iklan dapat duit untuk membina team anda dan menjana pendapatan tambahan dari internet.

STRATEGI NEOBUX? BAGAIMANA?

Ok, saya tunjukkan caranya. Masa yang diperlukan dalam 15-20 minit sehari.

Strategi Jana 50 USD Setiap Hari Dengan Program Klik Iklan Dapat Duit Neobux: Tiada Pelaburan Diperlukan!

Namun permainan ini memerlukan sesuatu nilai yang dipanggil KESABARAN. Ya, teknik ni memerlukan masa, jadi bersabarlah.

Dengan kaedah ini, anda tidak perlu melaburkan duit untuk mendapatkan hasil. Jika anda mempunyai duit untuk melabur, silakan, boleh melakukannya dan anda akan melihat hasil yang lebih cepat. Kunci untuk membuat wang di Neobux adalah melalui RUJUKAN. Ianya mudah, jika anda tidak mempunyai rujukan, anda TIDAK AKAN dapat menjana pendapatan dari program klik iklan dapat duit Neobux ini.

Saya faham, bukan mudah nak dapat rujukan dan bukan semua orang rajin nak promosikan link sendiri,  tapi, di Neobux, anda boleh MENYEWA RUJUKAN.

Sewaan rujukan di Neobux adalah orang sebenar (BUKAN ROBOTS) dan kosnya 0.20 usd sebulan untuk setiap orang rujukan sewa. Ada yang aktif dan masalahnya, ada yang tidak aktif, tetapi untuk rujukan yang tidak aktif ni, anda boleh kitar semula dengan kos 7 sen (0.07 usd)
Ia mungkin kelihatan seperti banyak, tetapi ia berbaloi. Jika anda tidak mengitar semula rujukan yang tidak aktif, anda akan kehilangan wang.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah Daftar Untuk Neobux DISINI

Langkah 1:

Mula mengklik iklan anda setiap hari. Apabila anda mencapai 75 sen (0.75 usd) dari upah klik pada iklan anda sendiri (jika anda tidak melabur wang) anda sudah mampu untuk menyewa 3 rujukan. (TETAPI JANGAN sewa Rujukan lagi!). Ia mengambil masa beberapa hari untuk mendapatkan 75 sen dan ada orang yang begitu bersemangat untuk menyewa referral sebaik sahaja akaun mereka mencecah 75 sen. Tapi mereka tidak sedar bahawa mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk mengekalkan rujukan sewa mereka dan akhirnya kehilangan rujukan sewa tersebut kerana tak boleh nak maintain rujukan sewa. Perlu ingat, harga 0.20 usd tu untuk sewaan sebulanje, lepas tu kena bayar lagi untuk maintain mereka untuk bulan berikutnya.

Langkah 2:

Ok jadi sebelum anda menyewa referral anda perlu dapatkan dulu sekurang2nya $ 3 upah klik iklan anda (Atau Anda Boleh Melabur Untuk Cepat) dan kemudian memindahkannya kepada baki sewa anda (rental balance). Dengan cara ini anda mempunyai $ 1 untuk setiap referral dan anda dengan mudah akan dapat mengitar semula mereka jika mereka tidak aktif atau boleh membayar untuk mengekalkan mereka selama satu bulan lagi. Ia akan mengambil sedikit masa untuk mendapatkan $ 3, tetapi dengan cara ini anda akan dapat menjaga rujukan sewa anda dan menukar rujukan yang tidak aktif untuk yang aktif tanpa rasa takut bahawa anda tidak akan dapat membayar untuk mereka.

Gambar diatas menunjukkan bagaimana nak pindahkan duit upah klik anda di Main Balance ke Rental Balance untuk beli atau maintain rujukan sewa Neobux anda

Kerja sambilan dari rumah tanpa modal.

Baiklah, saya akan sambung dengan langkah ke 3 dan ke 4 pada post berikutnya..jumpa lagi, sabar ya!

Apakah perbezaan Autopay dan Autorenew dalam Program Neobux?

Apakah perbezaan antara Autopay dan Autorenew dalam Program Klik Iklan Dapat Duit Neobux?

Autopay

Jika anda mengaktifkan AutoPay, pada klik pertama yang dibuat oleh rujukan sewa anda setiap hari, anda akan membayar untuk memastikan rujukan itu disewa semula pada hari berikutnya. Pada asasnya, anda akan membayar satu hari terlebih dahulu dari tarikh akhir rujukan sewa anda. Kosnya akan ditolak daripada baki sewa anda.

Jika rujukan sewa anda tidak klik, anda tidak akan membayar untuk hari yang berikutnya.

Jadi, bayangkan anda menyewa 50 rujukan sewa dengan perbelanjaan $ 10 untuk sewa sebulan. Daripada membayar $ 10 lagi pada bulan berikutnya (renew), anda boleh membayar untuk mereka setiap hari, berdasarkan klik pertama yang dibuat oleh rujukan sewa tersebut pada satu-satu hari.

Sebenarnya anda akan lebih menjimatkan wang dan anda tidak akan kehabisan rujukan. Juga, anda tidak perlu bimbang tentang tarikh akhir. Ia adalah lebih mudah untuk membayar dengan cara ini, ia juga lebih murah untuk anda kerana anda dapat menjimatkan wang untuk menyewa rujukan sewa yang aktif sahaja. Ini sesuai untuk ahli Standard yang tidak mempunyai rujukan sewa yang ramai.

Jika baki sewa anda tidak mempunyai dana yang mencukupi, ia akan memotong baki utama anda. Jika kedua-dua baki tidak mempunyai dana yang mencukupi, ia tidak akan dicetuskan dan hanya akan bekerja lagi apabila salah satu daripada baki mempunyai dana yang cukup.

Autorenew

AutoRenew adalah proses pembaharuan rujukan sewa anda secara automatik.

AutoRenew berfungsi setiap hari dan memanjangkan tarikh akhir rujukan anda berdasarkan tempoh pembaharuan yang anda pilih dan masa sebelum tamat. Anda boleh mengaktifkan AutoRenew dengan cara yang sama yang anda lakukan dengan AutoPay.

Untuk Autorenew, ada dua pilihan akan diberikan:

Tempoh/Period: Ini adalah masa untuk sewa rujukan anda dilanjutkan. Anda boleh memilih mana-mana tempoh pembaharuan manual biasa (15, 30, 60, 90, 150, dan 240 hari). Ada sedikit diskaun yang diberikan bagi setiap tempoh (kecuali bagi 15 hari).

15 hari – tiada diskaun
30 hari – 5% diskaun
60 hari – 10% diskaun
90 hari – 18% diskaun
150 hari – 25% diskaun
240 days – 30% diskaun

Sebelum/ Before: Masa sebelum pembaharuan automatik akan dicetuskan. Anda boleh memilih berapa hari yang anda mahu sebelum tarikh akhir sewa untuk fungsi autorenew rujukan anda dicetuskan.

Auto renew sesuai jika anda seorang upgraded akaun (Golden/Ultimate), baki dalam akaun yang banyak serta mempunyai rujukan sewa yang ramai.

Saya cadangkan anda memilih fungsi Autopay untuk rujukan sewa anda.

Cara mengaktifkan fungsi Autopay

1. Klik pada username anda

2. Kemudian klik pada “Referals”.

3. Pilih berapa ramai rujukan sewa yang anda inginkan. Ini berdasarkan baki dalam akaun anda, samada akaun sewaan(rental balance) atau akaun utama anda (main balance). 3 rujukan sewa berharga 0.6 usd, 5 rujukan berharga 1 usd, 10 rujukan berharga 2 usd, begitulah seterusnya, setiap orang rujukan sewa berharga 0.2 usd.

4. Anda juga boleh menambahkan wang dalam akaun sewaan anda, caranya ialah dengan mengklik butang disebelah kanan ” Add funds”

5. Kemudian boleh pilih cara anda nak lakukan pembayaran. Boleh guna Paypal atau Payza.

Selamat mencuba!