Strategi Neobux: Kerja Sambilan Dari Rumah Tanpa Modal

STRATEGI NEOBUX: JANA PENDAPATAN DENGAN KERJA SAMBILAN DARI RUMAH TANPA MODAL

Berikut ialah strategi bagaimana nak menjana duit dengan kerja sambilan dari rumah tanpa modal dengan program Neobux. Ini adalah strategi bagaimana untuk menjana pendapatan tambahan yang lebih baik dari internet, hanya dari depan laptop/desktop dari keselesaan rumah anda. Boleh buat secara part time bila ada masa lapang, bukannya susah pun, klik iklan je!

Terdapat banyak laman web yang menawarkan strategi dan tips (hanya google je Strategy Neobux, anda akan jumpa. Saya akan tunjukkan satu versi strategi neobux..

Anda boleh mulakan dengan sedikit pelaburan modal jika anda ada duit, tapi sebenarnya anda boleh memulakan dengan TIADA wang yang keluar daripada poket anda! Anda boleh menggunakan pendapatan yang anda dapat dari upah klik iklan dapat duit untuk membina team anda dan menjana pendapatan tambahan dari internet.

STRATEGI NEOBUX? BAGAIMANA?

Ok, saya tunjukkan caranya. Masa yang diperlukan dalam 15-20 minit sehari.

Strategi Jana 50 USD Setiap Hari Dengan Program Klik Iklan Dapat Duit Neobux: Tiada Pelaburan Diperlukan!

Namun permainan ini memerlukan sesuatu nilai yang dipanggil KESABARAN. Ya, teknik ni memerlukan masa, jadi bersabarlah.

Dengan kaedah ini, anda tidak perlu melaburkan duit untuk mendapatkan hasil. Jika anda mempunyai duit untuk melabur, silakan, boleh melakukannya dan anda akan melihat hasil yang lebih cepat. Kunci untuk membuat wang di Neobux adalah melalui RUJUKAN. Ianya mudah, jika anda tidak mempunyai rujukan, anda TIDAK AKAN dapat menjana pendapatan dari program klik iklan dapat duit Neobux ini.

Saya faham, bukan mudah nak dapat rujukan dan bukan semua orang rajin nak promosikan link sendiri,  tapi, di Neobux, anda boleh MENYEWA RUJUKAN.

Sewaan rujukan di Neobux adalah orang sebenar (BUKAN ROBOTS) dan kosnya 0.20 usd sebulan untuk setiap orang rujukan sewa. Ada yang aktif dan masalahnya, ada yang tidak aktif, tetapi untuk rujukan yang tidak aktif ni, anda boleh kitar semula dengan kos 7 sen (0.07 usd)
Ia mungkin kelihatan seperti banyak, tetapi ia berbaloi. Jika anda tidak mengitar semula rujukan yang tidak aktif, anda akan kehilangan wang.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah Daftar Untuk Neobux DISINI

Langkah 1:

Mula mengklik iklan anda setiap hari. Apabila anda mencapai 75 sen (0.75 usd) dari upah klik pada iklan anda sendiri (jika anda tidak melabur wang) anda sudah mampu untuk menyewa 3 rujukan. (TETAPI JANGAN sewa Rujukan lagi!). Ia mengambil masa beberapa hari untuk mendapatkan 75 sen dan ada orang yang begitu bersemangat untuk menyewa referral sebaik sahaja akaun mereka mencecah 75 sen. Tapi mereka tidak sedar bahawa mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk mengekalkan rujukan sewa mereka dan akhirnya kehilangan rujukan sewa tersebut kerana tak boleh nak maintain rujukan sewa. Perlu ingat, harga 0.20 usd tu untuk sewaan sebulanje, lepas tu kena bayar lagi untuk maintain mereka untuk bulan berikutnya.

Langkah 2:

Ok jadi sebelum anda menyewa referral anda perlu dapatkan dulu sekurang2nya $ 3 upah klik iklan anda (Atau Anda Boleh Melabur Untuk Cepat) dan kemudian memindahkannya kepada baki sewa anda (rental balance). Dengan cara ini anda mempunyai $ 1 untuk setiap referral dan anda dengan mudah akan dapat mengitar semula mereka jika mereka tidak aktif atau boleh membayar untuk mengekalkan mereka selama satu bulan lagi. Ia akan mengambil sedikit masa untuk mendapatkan $ 3, tetapi dengan cara ini anda akan dapat menjaga rujukan sewa anda dan menukar rujukan yang tidak aktif untuk yang aktif tanpa rasa takut bahawa anda tidak akan dapat membayar untuk mereka.

Gambar diatas menunjukkan bagaimana nak pindahkan duit upah klik anda di Main Balance ke Rental Balance untuk beli atau maintain rujukan sewa Neobux anda

Kerja sambilan dari rumah tanpa modal.

Baiklah, saya akan sambung dengan langkah ke 3 dan ke 4 pada post berikutnya..jumpa lagi, sabar ya!

Kerja Sambilan Dari Rumah- Klik Iklan Dapat Duit

Adakah terdapat kerja sambilan yang dapat
dilakukan di rumah tanpa perlu keluarkan modal?

Salam sejahtera. Jika anda seorang pelajar lepasan SPM, suri rumah, atau pelajar Universiti / Kolej ( sedang cuti semester ) mahupun seorang penganggur yang belum ada rezeki dapat kerja, rugi la jika tak gunakan masa terluang tu untuk buat duit online dengan kerja sambilan dari rumah tanpa modal. Ya, ianya tanpa modal. Apa yang perlu hanyalah sebuah komputer dan talian internet! Anda boleh buat kerja sambilan ini sambil-sambil buat kerja utama anda kerana kerjanya cuma klik iklan, biarkan iklan tu berjalan dan ianya cuma ambik masa 15-30 minit je sehari.. Tak kira anda seorang pelajar, penganggur, kakitangan kerajaan atau swasta, malah makcik-makcik pun boleh kalau boleh klik-klik dekat komputer tu..

Saya buat blog ni sebab nak kongsi pengalaman dan cara buat duit di internet dengan kerja sambilan tanpa sebarang modal walaupun 1 sen di internet.. dah ramai orang yang cuba buat klik iklan dapat duit ni sebagai kerja part time dari rumah, namun saya nak ingatkan bahawa program ini berkonsepkan: “Anda Buat, Anda Dapat”. Kalau rajin klik, dapatlah banyak upah, kalau tak klik tak dapatlah. Upahnya dalam nilai USD dan kerjanya senang: klik iklan dan biarkan iklan tu berjalan. Jika nak income cepat naik untuk pendapatan tambahan yang lumayan, kena ajak sekali kawan-kawan join program ini ..kerana setiap klik yang dibuat oleh kawan-kawan atau orang di bawah anda akan memberi komisyen kepada anda. Ya, mereka klik, anda pun dapat komisyen.

Sekarang ni bukan senang nak cari duit, jika anda suka online, rajin buka facebook dan kerja memang mengadap komputer saban hari, eloklah sambil-sambil kerja tu, buat kerja klik iklan ni. Oh ya, tapi nak klik-klik ni guna laptop atau desktop ye, bukan handphone!

Jika anda boleh klik?..anda boleh buat duit dengan 2 cara:

  1. KLIK IKLAN DAPAT DUIT- Program ini dinamakan program Paid To Click (PTC). Untuk buat duit online dengan PTC ni, ada banyak syarikat pengiklanan yang menawarkan kerja klik iklan dapat duit, contohnya Ojooo, Neobux, Wordlinx, Buxcap dan Scarlet- Clicks. Keahlian Neobux sekarang telah mencecah 6,591,209 (lebih 6 juta) dan keahlian diterima dari seluruh dunia..
  2. KUMPUL BITCOIN PERCUMA. Kumpul bitcoin ni macam kumpul emas- nilainya semakin meningkat, jangan tak tau anda boleh kumpul secara percuma je..Untuk kumpul bitcoin percuma baca di bahagian akhir post ini.

Saya tunjukkan PROGRAM KLIK IKLAN DAPAT DUIT dulu.

1. Ojooo

Ojooo adalah satu program klik iklan dapat duit yang sedang berkembang pesat dari negara German. Ojooo ni best sebab upah dia lebih sikit…0.001 hingga 0.005 usd. Jika anda menaja, komisyen 50% akan diberi dari setiap klik rujukan anda. Satu ciri yang sangat istimewa pada Ojooo adalah bonus rujukan. Bagi setiap 100 dan 1000 klik dari rujukan anda pada setiap jenis iklan, anda akan mendapat bonus sehingga 50 $! Beli keahlian premium dan perolehi 10 $ dari setiap pembelian upgrade rujukan anda.

Klik DAFTAR OJOO DI SINI atau klik banner dibawah untuk mendaftar Ojooo.

Boleh rujuk PANDUAN DAFTAR OJOOO DISINI.

Lihat CARA KLIK IKLAN OJOOO DISINI.

Lihat CARA NAK DAPAT DOWNLINE OJOOO DISINI

Lihat CARA WITHDRAW DUIT OJOOO KAT SINI

2.NeoBux

Telah berjalan dan membayar sejak tahun 2008. Laman web ini adalah cukup baik jika anda boleh refer/taja ahli. Keistimewaan Neobux: boleh menyewa refferals/tajaan untuk harga yang kecil, yang akan meningkatkan income anda, dan dengan itu boleh sewa lebih banyak refferals lagi, seterusnya menambah pendapatan. Satu syarikat PTC yang terkenal dengan pembayaran serta merta dan dipercayai. Anda juga boleh melakukan tawaran dan kerja lain untuk menjana pendapatan sampingan. Anda boleh withdraw apabila anda telah mencapai USD 2.00. Jika berminat untuk mencuba, sila daftar Neobux di DAFTAR NEOBUX DISINI.

3. Wordlinx

Wordlinx , syarikat dipunyai dan diuruskan oleh Rogue Media, United Kingdom adalah laman PTC yang telah dilancarkan secara rasmi sejak Oktober 2003 (dah lebih 10 tahun), salah satu paid to click site yang paling tua dan terbukti menyediakan perkhidmatan pengiklanan yang genuine/sahih. Banyak ciri-ciri membuat Wordlinx satu sistem yang selamat, seperti: syarikat yang didaftarkan, perlindungan ddos, kakitangan berdedikasi dan professional, pelan perniagaan yang stabil, sokongan yang sangat baik, pembayaran segera, forum dan admin yang aktif.

Klik DAFTAR WORDLINX DI SINI atau klik banner dibawah untuk mendaftar Wordlinx.
WordLinx - Get Paid To Click

4. Scarlet- Clicks

Scarlet – Clicks telah dilancarkan pada tahun 2009. Syarikat ini beroperasi oleh pemilik yang bernama Dimitrios Kornelatos ( Kordim ) dari Greece. Anda boleh dapat duit dengan melihat iklan mereka iaitu upahnya diantara $0.005 hingga 0.01 usd.

Klik DAFTAR SCARLET CLICKS DI SINI atau klik banner di bawah untuk mendaftar dengan Scarlet-Clicks

5. Buxcap

Ini satu lagi laman PTC yang boleh dipercayai. Ahli boleh mendapat wang tunai dan hadiah-hadiah dengan melihat laman web, video dan lain-lain. Jana pendapatan sehingga $ 0.01 per klik dan sehingga 0.01 per klik rujukan anda.

DAFTAR BUXCAP DI SINI atau klik banner dibawah untuk mendaftar dengan Buxcap.

6. Clixsense. Laman web ini telah dimulakan sejak tahun 2007, sebelum ini ia adalah salah satu laman web PTC (paid to click) yang paling terkenal, akan tetapi, mulai 15 Julai 2017, tiada lagi program klik iklan. Anda boleh menjana pendapatan tambahan dari Clixsense dengan menjawab survey, melakukan offer dan tasks. Jika anda faham dan mahir berbahasa Inggeris, anda boleh join percuma. Klik Daftar Clixsense atau klik pada banner di bawah untuk join. Boleh keluarkan duit jika ada minima USD 10 dalam akaun Clixsense anda. Lihat Cara Daftar Clixsense.

Komisyen

  1. Untuk PTC Ojooo dan Scarlet-Clicks, anda boleh guna Paypal atau Payza. Jika guna Paypal, dari Paypal boleh withdraw ke akaun bank tempatan. Kalau guna Payza, boleh withdraw ke bitcoin wallet. Sila Daftar Paypal, lihat CARA DAFTAR PAYPAL
  2. Untuk Neobux, Clixsense dan Buxcap, komisyen anda akan dibayar ke akaun Payza anda. Kemudian dari akaun Payza, anda boleh keluarkan duit ke bitcoin wallet. Untuk itu, anda perlu mendaftar dengan Payza. Rujuk Panduan Pendaftaran Payza: CARA DAFTAR PAYZA DI SINI.
  3. Untuk paid to click Wordlinx, anda perlu ada akaun Paypal untuk keluarkan duit upah klik iklan. Daftar Paypal, lihat CARA DAFTAR PAYPAL

Sekali lagi saya katakan bahawa anda tidak boleh menjadi kaya dalam satu hari dengan program klik iklan seperti ini. Ianya bersifat sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Program ini jenis: ANDA BUAT, ANDA DAPAT.

PENTING**: mesti join: KUMPUL BITCOIN SECARA PERCUMA_KLIK SINI UNTUK CARANYA

Terimakasih, dan selamat mencuba.

 

OneXOX Prepaid