Promosikan link Clixsense/Neobux/Ojooo anda di EasyHits4U

Pocket

Sebelum saya menerangkan cara nak promosikan link bisnes online anda seperti Clixsense/Neobux/Nerdbux anda di Easyhits4u. Jika anda belum menyertai Easyhits4u boleh join DI SINI terlebih dahulu. Anda boleh menyertai Easyhits4u sebagai ahli percuma/upgraded (berbayar).

The Most Popular Traffic Exchange

Bagaimana cara nak promosi sambil BUAT DUIT/ jana pendapatan tambahan di Easyhits4u ? Caranya sangat senang kerana anda perlu layari laman web atau “surfing” untuk mengumpulkan kredit dahulu. Kredit yang anda perolehi pula digunakan kembali untuk anda “allocate”kan atau anda berikan kepada blog/website/link PTC (program paid to click) yang akan anda promosikan atau boleh juga gunakan kredit tersebut untuk iklan banner atau iklan teks.

EasyHits4U sesuai untuk buat promosi website/blog, kerana Easyhits4u menerima sebarang jenis laman web dalam apa jenis bahasa sekali pun, sebelum ini minimum mesti 80% pakai bahasa Inggeris. Saya juga ada mempromosikan blog saya di Easyhits4u. Namun berbeza jika anda mendaftarkan iklan banner ataupun iklan teks, mereka akan periksa terlebih dahulu, dan kebenaran boleh disiarkan atau tidak di easyhits4u akan diberikan di ruang “My Banners” atau “My Text Ads”.

Surfing di EasyHits4U ada 2 jenis iaitu:
15 sec-untuk ahli Premium (anda akan dapat 1.0 kredit setiap surfing)

20 sec- untuk ahli Percuma/Standard (anda akan dapat 1.0 kredit setiap surfing)

Setiap 1000 sites yang anda surf/layar, anda akan dibayar $0.30 usd. Yang paling bestnya, jika anda mempunyai downline, setiap 100 sites yang mereka layar anda akan mendapat $0.10 usd!
Bayaran minima untuk withdraw duit ialah usd 3.00, wang ini akan dibayar ke akaun Paypal dan Payza anda. Daftar Paypal jika anda belum mendaftar. Ikut panduan daftar PayPal disini

Cara Surfing/Melayari Website Di Easyhits4u

Setelah anda login, pada homepage anda, pilih salah satu jenis surfing (15 saat atau 20 saat).

easyhits

Klik pada butang tersebut, maka akan tampil halaman surfing dan pada bahagian kiri atas akan tampil seperti gambar berikut, jika timer sudah berubah menjadi “GO”.


Sekarang pilih salah satu gambar yang berkembar atau sama di kotak tersebut seperti yang saya bulatkan tu. Klik kat gambar tu. Pada kotak pertanyaan tersebut kadang-kadang muncul soalan seperti soalan matematik, jadi hanya perlu jawab sahaja. Anda akan dikreditkan selepas memilih gambar berkembar atau setelah menjawab soalan dengan betul. Laman web lain pula akan muncul, tunggu timer jadi GO, kemudian klik lagi pada 2 gambar yang sama.

Jika anda melihat paparan seperti ini maka klik “Claim Your Prize Now”, lihatlah bonus apa yang anda dapat, samada kredit tambahan, banner impression atau text link impression, akan tetapi bonus dollar ($) biasanya hanya jika kita sudah surfing melebihi 200 sites pada hari itu.

Kalau anda belum join, boleh register DI SINI.

Pengalaman Saya di EasyHits4U
Saya gunakan laman EasyHits4U untuk meningkatkan trafik ke laman web saya iaitu untuk blog ini dan juga untuk mengiklankan bisnes online yang saya sertai, contohnya bisnes ini. Pada mulanya saya join untuk tingkatkan trafik ke laman blog saya, maklum saja blog baru, memang susah nak dapat pengunjung blog. Jika banyak trafik masuk ke laman blog kita, ini secara tidak langsung akan menaikkan page rank blog kita. Pengunjung dari Easyhits4u adalah dikira trafik pengunjung yang sah, walaupun bukan semua pelawat yang membaca blog kita tu..:-)

Untuk masuk EasyHits4U ini 100% PERCUMA dan cara kerjanya mudah je, hanya layari laman web dan klik gambar yang sama/jawab soalan di kotak sebelah kiri tu. Boleh buat sambil2 buat kerja kat computer tu. Kalau nak ikutkan memang la habuannya sikit sangat, tapi buat je secara santai, sikit-sikit, lama-lama akan jadi bukitkan…Lebih baik jika anda dapat taja rakan-rakan join. Kerana jika mereka surf sites, anda akan dapat sedikit komisyen (setiap 100 sites yang mereka layar anda akan mendapat $0.10 usd). Terutama rakan yang ada bisnes online yang ingin diiklankan.

Semasa pasang iklan tu boleh buat “advanced setting” , iaitu targetkan pengunjung dari Negara yang anda ingin mendapat pelawat, contohnya nak setkan blog anda supaya orang Malaysia je yang tengok, setkan nama Negara pada Malaysia. Kalau ada bisnes global bolehlah set nak iklan ke Negara Amerika ke, United Kingdom ke..ikut suka lah! Tapi advanced setting ni hanya untuk ahli yang upgrade je…  🙂
Klik iklan dapat duit tanpa modal! Bukan hanya trafik yang saya dapat tetapi duit $ 0.3usd setiap 1000 surf yang kita lakukan dan duit ini boleh keluarkan/withdraw setelah terkumpul $ 3.0 usd. Selain itu ada bonus yang bermacam-macam setiap kali kita dah surf 25, 50, 75, 100, 150, 200 sites, mulai dari kredit untuk mendatangkan trafik, pasang iklan teks, iklan banner hinggalah ke dollar usd.

Kalau kita rajin klik hasilnya agak bagus dan boleh mengalahkan penghasilan di paid to click (PTC) lain, kerana dalam sehari biasanya kita boleh surf antara 150 – 250 sites orang lain. Surf 200 sites/sehari ni taklah lama sangat, apalagi kita surf sambil-sambil buat pekerjaan lain kerana timernya tetap jalan walaupun kita buka halaman/pekerjaan lain. Dan yang lebih penting EasyHits4U terbukti membayar semua komisyen pada ahli-ahlinya. Belum lagi keuntungan hasil dari pengiklanan promosi produk atau cari downline/referal.

Saya jadi member yang upgrade Premium di Easyhits4u, sebab bila upgrade banyak kelebihannya, dapat bonus kredit, rate exchange yang bagus, tajaan atau referal percuma (maknanya dapat downline percuma), dapat kredit dari downline dibawah anda hingga 6 level, boleh iklan “unlimited” websites dan macam-macam lagi lah..boleh tengok benefit/faedahnya kat gambar kat bawah ni. Tapi jangan upgrade dulu, biasakan dulu dengan cara kerja easyhits4u, saya nasihatkan boleh upgrade jika anda ada bisnes nak iklan atau ada blog untuk dapatkan trafik, ok!

 

Bagaimana, ingin join sekarang ? Cuma klik DI SINI Dan segera isikan pendaftaran! Selamat mencuba!.

 

2 Replies to “Promosikan link Clixsense/Neobux/Ojooo anda di EasyHits4U”

    1. Wsalam, kalau dapat bonus banner, adik boleh gunakan untuk masukkan banner apa2 program yang adk ingin promosikan.
      Klik My banner–>add new banner—>masukkan code html banner di kotak html code. Di kotak alt text, masukkan apa2 perkataan, contoh: banner clixsense.
      Kemudian klik add banner. Assignkan banner impression di kotak assign, contoh kalau dapat bonus 100 banner, boleh masukkan angka 100 di kotak assign, scroll kebawah dan klik “Assign”. Banner adik akan di promosikan sebanyak 100 impression. Impression bermakna banner itu akan dipaparkan 100 kali di laman web easyhits4u.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *