Cara Daftar Payza

Pocket

Salam sejahtera,

Sejak 6 Februari 2017, pengeluaran duit dari Clixsense ke Paypal dah tak boleh buat lagi kerana Paypal tidak menerima business model Clixsense. Oleh itu agak kacau sikit bila dah tak boleh keluar duit ke Paypal, sebab selama bertahun-tahun sejak 2007 lagi, para pengklik iklan telah menggunakan servis Paypal. Yang mudahnya duit dari Paypal kita boleh withdraw ke bank akaun tempatan di Malaysia.

Emm apa nak buat, terima je la..jadi sekarang kalau nak keluarkan duit dari Clixsense, boleh gunakan samada : Payza, Payoneer, Paytoo, Skrill dan Tango card.

  1. Saya telah cuba daftar Paytoo, akaun dah pun di verified, niat di hati nak order paytoo prepaid card, so boleh cucuk duit Clixsense tu kat atm, malangnya kos pengeposan prepaid card tu ke Malaysia saja dah usd 35..alamak..mahalnya..so saya tak jadi gunakan Paytoo. Lagipun ada juga yuran bulanannya:

Monthly Administrative Fee $2.95 USD
ATM Withdrawal Domestic Fee $3.00 USD
ATM Withdrawal International Fee $3.50 USD

2. Saya dah ada Payoneer, malangnya akaun di block sebab dah lama tak guna (dulu saya masuk MLM yg guna kad payoneer). Lagipun Payoneer ni ada fees/yuran tahunan..cuba baca ni:

Card Fees – Annual fee: $29.95, Card Replacement (if lost): $12.95, Withdraw funds: $3.15 per withdrawal + normal ATM sub-charges, Balance Inquiry: $1, Decline Transaction: $1.

3) Jadi option yang ada untuk kita adalah Payza. Dari Payza nanti boleh withdraw ke akaun bank atau wallet bitcoin.

Maka hari ni saya nak tunjukkan step-by step daftar Payza

Cara Daftar Payza:

  1. Mula-mula buka laman web Payza. KLIK SINI UNTUK DAFTAR PAYZA
  2. Klik pada ” Sign Up”
  3. Pilih Malaysia dan select akaun Personal
  4. Kemudian masukkan nama, email dan password yang nak digunakan untuk akaun Payza. Klik get started

5. Satu paparan seperti ini akan muncul

6. Buka email anda, dan klik link “validate my email -pengesahan untuk daftar Payza

7. Kemudian klik complete profile set up


klik get started
-pilih industry, pilih job, save & continue
-masukkan alamat & poskod, save & continue
-masukkan no tel rumah, save & continue
-masukkan soalan security untuk protect akaun anda
-masukkan tarikh lahir dan security pin

**jangan lupa catit security pin ni, nanti lupo susah, klik save & finish.
8) Lepas tu keluar advance security set up- kalau nak buat kemudian, pilih cancel and do this later. Kalau ada masa, teruskan..mulakan dengan create avatar..pilih je gambar bersesuaian dengan jantina, warna kulit, kepala dan kaki. Dekat custom message tu masukkan je apa2 ayat; contoh: usaha tangga kejayaan
masukkan security pin yg di setkan masa daftar tadi, lepas tu klik set up security.

Settle pendaftaran dan profile set up..Selamat mencuba!

*Nota:

Boleh daftar Clixsense dulu, kemudian klik iklan dan kumpul upah dulu sampai cukup usd 8, baru boleh withdraw duit dari Clixsense. Daftar Payza boleh buat kemudian.