Cara Daftar Paypal

Pocket

PayPal merupakan online banking dan online debit card. Dengan Paypal anda boleh berbelanja, asalkan ada duit didalamnya. Lagi satu kelebihan Paypal ini, keujudannya telah diiktiraf oleh bank Negara, digunakan dengan meluas serata dunia, dan satu organisasi yang kukuh serta diiktiraf oleh banyak bank-bank didunia ini.

Kelebihan Paypal adalah, kita tidak perlu mendedahkan maklumat kredit/debit kad yang kita miliki kepada orang lain kecuali kepada Paypal sahaja. Ia amat mudah untuk membuat segala urusan kewangan didalam dan diluar negara.

Mengenai Akaun PayPal

  • Kelebihan menggunakan Paypal ialah kemudahan untuk menghantar duit atau membuat pembayaran tanpa perlu mendedahkan maklumat kredit atau debit kad kita.
  • Mudah juga untuk menerima pembayaran kerana hanya menggunakan email address sebagai akaun login.
  • Kita juga boleh meletakkan banner untuk memudahkan pembeli membuat pembayaran melalui website kita.
  • Yang paling menarik, jika kita ingin withdraw duit dari Paypal ke akaun bank kita, ia hanya mengambil masa dalam 3 atau 4 hari sahaja. Sangat cepat..
Cara Daftar Paypal
  1. Jom mula daftar akaun Paypal, saya tunjukkan cara daftar Paypal.
    Klik Sini Untuk Daftar Akaun PayPal

Mula-mula klik ” Sign Up Now” , kemudian Create Your Paypal Account. Pilih yang sebelah kiri untuk Transfer dan Terima Wang  atau yang sebelah kanan untuk Business jika anda nak menjual secara online (sesuai untuk yang ingin menjual).

Jangan risau anda boleh upgrade akaun untuk Business kemudian jika dah ada business kelak. Sekarang kita pilih kiri dahulu.

cara daftar paypal

2. Isi borang dengan maklumat yang betul.

cara daftar paypal

3. Setelah isi form, klik Continue.  Satu form lagi akan keluar, isi maklumat yang diperlukan. Middle name biar kosong ok. Tick kotak kecil tu lepas tu klik “Agree and Create Account”

cara daftar paypal

4. Kemudian tunggu email untuk aktifkan akaun Paypal. Buka email dan klik link pengesahan yang diberikan. Ini untuk pastikan email anda adalah sah.

Selepas itu anda akan dibawa pada bahagian VERIFY AKAUN PAYPAL.

PENTING: Untuk tujuan mengumpul upah klik iklan, memadai untuk sign up Paypal setakat ini dahulu, tak perlu di verified lagi. Ramai yg mengalami masalah nak verifikasi akaun Paypal, lepas tu give up dan tak klik iklan lagi. Walaupun akaun Paypal belum diverifikasi, anda boleh klik iklan dan bila upah dah banyak, (minima usd 8) boleh withdraw duit dari Clixsense ke Paypal dan kumpul dulu duit upah tu di dalam akaun Paypal. Duit dalam tu anda boleh guna untuk upgrade akaun Clixsense ke akaun premium atau boleh guna untuk shopping online.

Apakah kelebihan verify akaun Paypal

a) Anda boleh withdraw duit dari Paypal ke bank akaun anda, sebab anda dah link-kan akaun Paypal ke akaun bank anda.

b) Anda boleh shopping online dan bayar dengan menggunakan Paypal, bayaran akan ditolak dari balance Paypal anda (jika ada duit Paypal, contoh dari upah klik iklan) atau dari kad debit/kredit yang di link-kan dengan akaun Paypal.

c) Tiada limit untuk withdraw duit. Jika tak verify, maksimum keluarkan duit hanya usd 500.

Baca lanjut tentang kelebihan Verified Paypal= KLIK SINI. Tak faham english guna Google translate
CARA VERIFY AKAUN PAYPAL

Ada dua cara nak verify, samada link dengan debit/kredit card atau link-kan dengan akaun bank. Saya bagi contoh link dengan kad debit.

5. Anda perlu VERIFY / COMFIRM DEBIT CARD seperti gambar di bawah. Bahagian ini anda perlu teliti dan jangan buat silap, masukkan no Card anda yang berada di depan Card VISA anda. Kemudian masukkan Tarikh Expired Card anda dan Masukkan CSC 3 Digit number yang berada pada belakang Card Visa anda.

Kemudian korang klik ‘continue’ yang kat Pay with my Credit / Debit Card. Lebih senang jika anda ada Kad Debit ATM Maybank.  Siapa tak tahu apa itu kad debit, boleh baca kat sini: APA ITU KAD DEBIT

maybank-visa-debit-card

6.  Masukkan no kad Maybank VISA debit card anda. CSC..ambil no (3 angka) dekat belakang kad Maybank VISA debit card tu.

kaddebit

Verify Akaun Paypal

7. Sekarang tunggu untuk Card ATM Debit untuk di verified. Selalu nya akan ambil masa 2 hari. Bila berjaya, dalam akaun akan ada di tolak sebanyak RM10 , tapi RM10 ni akan dipulangkan semula nanti.

paypal4

8. Cara nak confirmkan debit kad, log in akaun PayPal kemudian klik ‘confirm debit card’ dan masukkan 4 angka rahsia. Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia tu?? Ok, 4 angka tu boleh dapatkan di statement Maybank. Buka lah Maybank2u, dari situ boleh dapat Code berkenaan. Cara daftar dan guna Maybank2u online boleh baca di SINI.

9. Log in dulu Maybank2u. Lepas tu, klik ‘accounts and banking’ kat tab menu. Dan seterusnya klik ‘ saving account’. Then terus ke Debit Card History . Code nyer adalah selepas perkataan ‘SALE PP XXXX‘. Kemudian masukkan angka tu kat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaun Paypal tadi, terus save dan selesai!

securitycode

Cara link dengan bank akaun tempatan

Dekat menu bar atas sekali tu boleh tekan wallet. Untuk isi maklumat akaun bank, boleh klik link a bank account. Jika anda klik bahagian link a bank account, borang ni akan keluar. Isi dengan teliti. Jangan tersalah. Dekat bahagian MEPS bank routing code tu, klik details dan masukkan kod bank yang tertera. Setiap bank lain kodnya.

link dengan bank

Nota: Untuk verifikasi tu, lain bank lain caranya. Ada bank hantar kod melalui sms, ada yang melalui email dan ada juga yang kena call. Untuk RHB bank, boleh cuba buka emel atau call je bank tu untuk kodnya. Kalau bank lain saya tak pernah cuba, jadi tak boleh nak cerita kat sini.

Jika tak tahu, silalah call bank masing-masing ya..

Selesai Cara Daftar Paypal

Proses pendaftarannya agak cerewet sedikit, kerana perlukan kod pengesahan, tetapi sesiapa yang menggunakan online banking seperti Maybank2u, CIMB-click, e-Eon etc, ia amat mudah kerana kod tersebut ada didalam credit history.

Untuk melihat cara cara verify akaun paypal anda, lihat video dibawah. Selamat mendaftar.

280 Replies to “Cara Daftar Paypal”

    1. Klu cam nak tanya pasal alamat..kat alamat tu nak isi alamat cam dlm ic or alamat tmpt tggl skg..sbb alamat ic sy alamat sabah..tapi skg sy tggl kat johor…cam.na tu?

    1. Boleh cuba dengan cimb..nanti boleh share pengalaman di sini. Ramai yang bertanya tentang cimb, saya berpengalaman dengan kad debit Maybank/ kad kredit sahaja.

    1. Semasa saya register dulu pihak Paypal minta kita berikan kod pengesahan yang diberikan dalam statement kad kredit. Dengan Paypal, adalah selamat untuk bg no kad kredit. Jika mereka minta bayaran rm 10 sekalipun, duit tersebut akan direfund balik.

  1. daftar free??jika akaun debit bank zero bagaimana?saye tidak mempunyai credit card..boleh jelaskan ?bgaimana pula jika bisnes online dibuat dan pembayaran melalui PAYPAL.?

    1. Ya pendaftaran adalah percuma, cuma seeloknya anda perlu ada kad DEBIT Maybank gambar Cherry. Jika DEBIT CARD anda zero, masukkan sedikit duit dalam kad debit kerana Paypal akan caj rm 10 buat permulaan, nanti duit rm 10 tu akan DIPULANGKAN SEMULA. Jika buat busnes online atau shopping online, anda boleh bayar dengan balance dalam akaun Paypal (JIKA ADA- contohnya anda ada terima bayaran dari sebarang online bisnes). Jika tiada wang dalam akaun Paypal, bermakna anda membuat bayaran dengan kad kredit atau debit yang telah dilinkkan dengan akaun paypal.

  2. knapa sy still x boleh daftar akaun pay pal? setiap kali tekan agree…berkali2 suruh masukkan nombor telefon wlaupun sy dah ikut contoh +60 n tambah no telefon sy….

  3. sy dah daftar tp ade tersilap dibahagian akaun, sy tiada krdt card dgn akaun mybank..sy cume ada akaun cimb..ttp sy silap tekan dan pendaftrn sy Berjaya ttp tiada no akaun atau maklumat bank

  4. mcmna nk verify akaun? status akaun saya unverified..biler tekan je get verified die suh isikan butir2 debit card..tp die kena msukkan security code..cmner kiter nk dptkan security code tu?

    1. Cara nak confirmkan debit kad, log in akaun PayPal kemudian klik ‘confirm debit card’ dan masukkan 4 angka rahsia. Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia tu?? Ok, 4 angka tu boleh dapatkan di statement Maybank. Buka lah Maybank2u, dari situ boleh dapat Code berkenaan.

      Log in dulu Maybank2u. Lepas tu, klik ‘accounts and banking’ kat tab menu. Dan seterusnya klik ‘saving account’. Then terus ke Debit Card History . Code nyer adalah selepas perkataan ‘SALE PP XXXX‘. Kemudian masukkan angka tu kat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaun Paypal tadi, terus save dan selesai!

      Proses pendaftarannya agak cerewet sedikit, kerana perlukan kod pengesahan, tetapi sesiapa yang menggunakan online banking seperti Maybank2u, CIMB-click, e-Eon etc, ia amat mudah kerana kod tersebut ada didalam credit history.

  5. maksud saya sebelum nk confirmkan debit card tu kena msukkan butir2 debit card..die suh msukkan security code..security code 3 angka je die tulis tp nk abik kat maner security code tu..cth yg die bg hanya american express je..kalo kad maybank cmner lak??

    1. Salam, kalau nak buat bayaran mesti ada baki duit dalam Paypal. Boleh masukkan duit kedalam Paypal dengan menggunakan akaun RHB (jika ada). Kat back office Paypal ada butang top up. Klik kat situ

  6. Salam, mcm mana kita nak confrimkan alamat kita dekat paypal? Mcm mana kita nak tahu alamat tu sudah di confirm?

    Kerana sy nak beli barang. Tp seller taknak send invoice sbbkan dia kata alamat sy tidak confirm. Harap boleh bantu. Thanks

    1. Salam, alamat tak confirm mungkin disebabkan akaun anda belum verified. Untuk verify akaun kena link dengan kad debit/ kad kredit. Kemudian kad tu kena diconfirmkan dengan security code. Pastikan akaun anda di “verify” terlebih dahulu

    1. Salam, ya..kena ada kredit atau debit card. Kebanyakan orang guna Maybank debit card .Boleh juga bayar dengan top up duit ke dalam akaun Paypal adik guna bank RHB. Paypal akan caj rm 10 buat permulaan, nanti duit rm 10 tu akan DIPULANGKAN SEMULA. Ini adalah untuk tujuan verifikasi akaun Paypal anda.

  7. Salam, yg 4angka rahsia tu letak mana ye? kat security code ke atau card number? pastu nak pilih Visa ke MasterCard yg Cimb Click punya?

    1. Salam, 4 angka tu bukan ada pada kad, ia ada di statement account bank, jika tiada cuba telefon pihak bank ok. Pilih kad kredit yang adik ada di bank cimb tu

    1. Klik pada username anda, kemudian klik pada ‘cashout’ di bawah “My account details”. kemudian boleh keluarkan melalui Paypal.

  8. Ni ade mslh skit..
    sy dah ade paypal,mslhnye time nak cnfirm tu kad kredit sy xda bleh dftr,paypal kate pihak bank x approve transaksi sye,yg tu mcmna plak?

  9. kak kenapa dgn bang cimbank tak boleh ni mesej dari ,The bank that issued your card didn’t approve this transaction. Please contact the card issuer.s customer service department if you have any questions. Or you can add a different card now to continue.sbb sy de kad bank tu je selain tu tak de ,cmmn kak..

    1. Salam, saya tiada pengalaman dengan CIMB click, cuba check statement dalam akaun atau cuba adik telefon pihak bank dan tanyakan berkenaan hal ini. Pasti mereka membantu.

    1. Salam dik Nadzirah,

      Adik kena buat kad debit Maybank dulu, lepas tu buat akaun maybank2u.com online, kemudian baru senang daftar Paypal. Boleh klik iklan di Clixsense dulu, sebab nak withdraw pun kena tunggu duit terkumpul 8usd, baru boleh keluarkan.

  10. Salam, saya telah membuat akaun paypal seperti yang diberikan dan semuanya telah berjaya dan dah dapat refund RM10 Soalan saya ialah bagaimana kita nak tambah wang kita ke dalam akaun paypal menggunakan akaun Maybank 2U kerana bila kita nak topup hanya akaun RHB Bank sahaja yang dibenarkan. Sila tunjukkan cara nak tambah wang menggunakan akaun bank lain. sekian terima kasih

    1. Ya, boleh guna debit card Maybank. Kemudian kamu daftar dan buat akaun maybank2u online banking. Cara nak daftar dan guna Maybank2u boleh baca di SINI. Lepas tu ikut cara daftar Paypal di SINI

  11. Salam Kak.Nk tnya sikit.sy baru daftar Paypal.tetapi belum Unverified lg.jd klau sy xda Maybank2u ada x cara lain utk verified akaun paypal sy.sbb sy tgok dn cari dari page lain semua bgthu paling senang nk dptkn 4 angka rahsia tu melalui maybank2u@tggu statement bank smpai rumah.cara lain ada x kak?

    1. Yang paling mudah ialah debit kad Maybank dan buat akaun online maybank2u. Cara lain ialah guna credit card. Lain cara akak tiada pengalaman.

  12. Lagi 1,sebelum ni sy pernah order barang melalui website lain,mmg ada perasan PayPal pnya link dlm website tu,tp sy belum ada akaun Paypal wktu tu dn hnya byar menggunakan Debit card.tiada masalah dn barang pn selamat smpai.yg agk sy kurang fhm sikit mengenai paypal ni adakah kita perlu topup duit dlm akaun Paypal kita ataupun terus dicaj pd debit kad kita mcmna yg pernah sy lakukan sebelum ada akaun Paypal ni.sbb sy lihat pd komen2 yg sebelum ni akak terangkan hanya RHB sahaja yg boleh transfer duit terus dlm akaun paypal.sbb sy tiada akaun RHB.Mohon pencerahan sikit kak hehehe.maaf panjang sikit tnya sbb perlukan kepastian dari senior hehehe.

    1. Untuk Paypal, kita perlu link kan credit card atau debit card ke akaun Paypal, jadi bila beli secara online, pembayaran terus di caj ke kad tersebut ATAU pun BOLEH JUGA dengan baki duit yang ada dalam akaun Paypal. Kalau nak transfer duit memang akaun RHB sahaja.

  13. salam kak nak tanya macam mana nak sattelkan masalah ni….saya nak guna bsn still x dapat verified
    x faham msj paypal ni suruh ape? The bank that issued your card didn’t approve this transaction. Please contact the card issuer.customer service department if you have any questions. Or you can add a different card now to continue.

    1. Salam dik, maknanya bank BSN tak approve transaction, samada adik hubungi pihak bank ataupun guna kad lain seperti kad debit Maybank.

  14. Akak,sy bru je dftar maybank2u n paypal.
    Utk get verified, kne tggu 2,3 hari dulu ke nk dpt kan 4 kod rahsie tu?
    Dlm maybank2u xde lg la..

  15. salam..kad debit tu..juz gune kad atm ke? sy kurg phm..
    lg 1..ble kite nk kuarkan duit dr akaun paypal..mcm mne? kne msukkan no akaun bank ke mcm mne?

    1. Salam,
      Kad debit tu kena buat di bank eg: Maybank. Kad debit tu maksudnya kad yang telah kita masukkan duit kedalamnya terlebih dahulu, sebelum kita berbelanja. Boleh, kita kena add bank account Maybank di Paypal, kemudian jika dah ada duit di Paypal nanti, boleh withdraw terus ke akaun Maybank

  16. Salam akak, saya nak tanya nih saya baru lagi apply debit card Maybank and Maybank2u baru-baru nih dan semalam saya ada created acc paypal and dah boleh cuma belum “verified”. Saya nak tanya macam mana saya nak cari “security code” tu sedangkan “wadiah savings accounts” tu pon tiada dalam All Accounts punya folder cuma yang ada hanya “Basic Minor Savings Account-i” yang menunjukkan jumlah baki duit yang tinggal. Saya harap akak dapat tolong, sebab saya memang nak sangat paypal acc sebab selalu juga beli barang dalam website yang perlu guna pembayaran secara paypal.

    1. Salam Liyana,
      Sekarang wadiah saving account dah tiada, adik check di Accounts & Banking ===> Saving account ===> debit card history ===> 4 angka rahsia tu mungkin mengambil masa 2-3 hari.

      1. Terima kasih akak sebab reply ^^. Saya buka dekat “debit card history” tu kan dia tulis “you do not have any transaction” so macam mane eh akak? satu lagi masalah saya tak boleh nak transfer duit ke akaun bank orang lain sebab kat situ hanya ada “own account transfer” sepatutnya kena ada “New 3rd party account transfer” kan? Tapi tak ada 🙁

        1. Maknanya Paypal belum tolak lagi rm 10 tu dari debit card adik. Berkenaan akaun Maybank2u tu akak tak boleh nak jawab, adik kena tanya pihak Maybank.

          1. Jadi, macam mane nak bagi paypal tu tolak RM10 dari duit baki saya dalam Maybank2U tu akak? Kan saya ada tekan “Get Verified” pastu suruh isi card type and card number then “security code” tu kene tulis yang angka 3 tu ke? nombor 3 digit tu kene ambik kat belakang kad maybank eh? Saya isi dah nombor yg 3 digit tu tapi dia tulis camni lepas saya tekan “continue” button “The bank that issued your card didn’t approved this transaction. Please contact the card issuer.s customer service department if you have any questions. Or you can add a different card now to continue.” huhu..kalau boleh saya xnak call pihak bank sebab xtau nak tanya pihak bank tu macam mane 🙁

    1. Akaun paypal ni kita perlu bila nak keluarkan duit dari Clixsense, atau nak membeli secara online. Hanya perlu login, periksa baki duit (jika ada) dan gunakan akaun untuk urusan kewangan secara online.

  17. Salam kak..sy suda daftar paypal,dan mempunyai akuan dah..BSN bole ker kak?kad atm yang sy guna tu kad BSN,sy nak masukkan ke paypal..so,debit kad tu ialah membeli barang online ker kak??sbb,senang sikit kalau nak beli barang kat online..satu lg kak,sy nak gunakan paypal ni untuk tujuan membli barang2 online je,so sy tidak da yang lain2 tu..bole begitu kan kak?kalau nak simpan duit kat mesin atm trus masuk juga kat paypal ker secara automatik,begitu ker kak??

    1. Wsalam,

      Kad debit tu anda perlu masukkan sejumlah duit, barulah ia boleh digunakan untuk membayar. Kad debit tu kita link-kan ke akaun Paypal, jadi bila beli secara online, Paypal akan menggunakan duit yang ada pada kad debit tu.

  18. Salam,sy nk tanya…klau sy nk witdraw duit dr cc ke akaun paypall then transfer ke akaun rhb bleh ke?kira mcm cash advance la,cme gnakan paypall je sbgai gnti

    1. Akaun paypal percuma dik, tak perlu bayaran. Jika adik nak shopping online, Bayaran akan dicaj ke kad debit/kredit yg di “link”kan dengan akaun Paypal adik.

    1. Ya dik, bayaran melalui Paypal. Guna hp tak boleh, guna laptop/desktop. Nak tengok income, lihat di sebelah username adik di sebelah atas laman web Clixsense.

  19. assalamualaikum…salam kenal akak2 and abang2..saya nak share pengalaman verified akun paypal guna CIMB KWIK..bagi anda yang ada akun cimb clicks silahkan daftar KWIK akun,.semua cara daftar sistem sudah bagi tau tinggal follow..setelah berhasil daftar TOPUP akun kwik anda minimal RM 20..lepas tu apply KWIK cards dengan caj RM10..tunggu paling lama 3 hari(alamat anda sangat penting untuk proses penghantaran kwik cards)..setelah dapat kwik cards,proses selanjutnya ACTIVATION cards..ikut petunjuk dalam cards statement,.pengalaman saya ada 2 cara ACTIVATION,.1.massage-2.call canter..saya ikut cara yang kedua CALL CENTER..setelah berhasil tersambung dengan customer services berikan details data cimb clicks sesuai yang mereka tanya…setelah proses di luluskan, tunggu dalam 15 cards anda akan aktiv..setelah cards aktiv proses seterusnya login paypal akun..dan add debit/mastercard..masukan data mengikut petunjuk..setelah berhasil add tunggu 2 hari kerja untuk dapatkan 4 CODE pengesahan yang di hantar paypal ke akun kwik anda caj untuk code $1..setelah dapat 4 CODE..login ke paypal dan masukan 4 code..selesai.

  20. salam kak , saya nak tanya , saya nak buat job online , then saya dah buat akaun paypal . tapi saya tak ada kad debit makna nya saya tak boleh verified lagi ,saya cadang nak buat akaun lambat sikit , so boleh ke kalau sy nak guna je akaun paypal tu tanpa di verified kan,biar duit masuk dalam akaun paypal sy , then bila saya nak keluarkan duit baru saya verified kan ,boleh ke ?

    1. Salam, boleh je dik, kumpul dulu duit dalam akaun dulu, bila nak keluar baru verified, tapi jangan tunggu lama sangat, ok. Cepat2 buat kad debit

  21. salam..saya nak register akaun paypal.tetapi setiap kali saya dh abis fill form button untuk agree tu selalu tak available utk dklik.macam mana tu?

  22. sye dah buat akaun paypal..tapai macam mana nak top up duet dalam akaun ni sbb sy pakai kad debit maybank…bukan rhb…
    boleh tak bagitahu cara2 nak topup akaun paypal mnggunakan kad debit maybank…

    1. Paypal tak minta, tapi dia akan tolak dari debit card. Selepas kad telah di verified, duit tu akan dimasukkan semula dalam akaun

  23. Salam…
    Saya nak tanya adakah akaun selamat jika kita memberi no kad debit ketika buat akaun paypal?sbb ari tu saya tanya pegawai bank mereka kata klu ada pihak minta no kadbank @no blkg kad jgn bagi kerana bahaya..saya mohon penjelasan terima kasih

    1. Memberi nombor kad debit/belakang kad kepada Paypal adalah selamat, ini adalah proses untuk verifikasi Paypal, jangan risau.
      Paypal adalah perbankan online yang selamat.

  24. Saya nak tanya lagi klu kita dah ada kad debit maybank untuk veri… Akaun paypal perlu ke mohon kad digital….tima kasih

  25. Saya dah berjaya buka akaun paypal lepas tu kita nak verifed saya klik get verifed pas tu dia suruh maklumat saya dah isi no bank kad pastu tiba kat expiry date tu macamana..tolong jelaskan

  26. salam akak tumpang tanya.saya ada daftar account paypal baru baru ni guna maybank account personal saya. dah ikut step by step tu tetiba bab verify code tu sangkut. ada error verification has been decline macma tu la………ni ada kaitan dengan baki dalam kad tu sendiri ke ?

    Yang benar ,
    Gigahertz Computer Selayang

  27. Assalammualaikum.
    Nak tanya sikit kak
    1) boleh ke kalau kita bukak account paypal hanya untuk transaksi penerimaan wang saja bukan untuk pembayaran pembelian. Adakah any charges dikenakan paypal utk process ini.
    2) Adakah paypal akan request bank info untuk transfer amount ke bank tersebut. (contoh jika kita mempunyai akaun maybank)
    3) Boleh ke selepas pendaftaran paypal katakan selepas 6 bulan pendaftaran, kita link kan maybank debit card dengan paypal.

    Terima kasih

    1. Salam, Boleh untuk terima wang, berkenaan caj, saya tak pasti, kalau kenapun sikit je biasanya. Jika nak transfer ke bank mesti ada bank info. Perlu add account bank kita. Jika withdraw lebih dari rm 400, tak de fee, jika withdraw kurang dari rm 400, kena caj rm 3 setiap transaksi
      Boleh je nak link bila2 pun, bila dah link baru lah akaun paypal kita akan di verified

    1. Waalaikumussalam.. kalau nak buat pembayaran melaui paypal, dia akan tolak duit dari kad debit/kredit yg dilink-kan dengan akaun paypal. Berkenaan bayaran tu, paypal akan tukarkan mengikut rate exchange RM ke usd

  28. Maksudnya saya tak perlu buat apa2 la ye as long as duit dlm kad debit saya tu (dlm RM) cukup utk buat pembayaran sbb paypal yg akan convert duit saya ke USD?

  29. The bank that issued your card didn’t approve this transaction. Please contact the card issuer.s customer service department if you have any questions. Or you can add a different card now to continue.
    ape maksud dia ??

    1. Maknanya bank CIMB tak benarkan transaksi online, adik kena contact CIMB dan tanya pihak bank,macamana nak buat transaksi secara online dengan Paypal

  30. akak..saya dah daftar.tp bila time suh buka email buat pengesahan..sy tgk xder pn email yang sy dpt.dh byk kali buat..

  31. salam kak…
    mcm mana paypal mengenakan bayaran setelah kita membuat payment mlalui maybank debit kad semasa membeli online….
    berapa kos yg kena tolak guna service paypal nie..mcm mana dia org kira….mahal tak?

    1. Wsalam dik, Paypal tak ada kenakan caj jika kita beli secara online dengan menggunakan akaun Paypal. Mereka kenakan sedikit caj pada penjual barang tu.

  32. satu lagi betul ke kita boleh direct guna debit kad semasa nak buat payment tanpa perlu register atau buka acc paypal….

    rasanya ada jumpa 2 entry yg bagi tahu boleh guna debit kad tanpa perlu register paypal acc..

    help plz..

  33. sis nak tanya lagi klaw kita nak register paypal, auto deduct rm10 dr acc kita kan….tp klaw dlm acc bank kita ada contoh rm500….dia org takkan kacau kan duit selebihnya

  34. salam sis…
    berkenaan dengan kad debit maybank tu…boleh tak saya gunakan akauan orang lain…maksudnya akaun bank suami saya bagi tujuan tersebut

  35. Salam..saya nk daftar ac paypal tapi dh berapa kali saya mdukn no hp dia ckp tk bcomplete format..mcm mna ya..klau mlysia pya kod no mcm mna?minta tlg bagi info ya.tq

  36. salam..
    saya ada terbaca dalam blog berkaitan dengan clik sense ni. Pembayaran yang dibuat adalah menggunakan cek. oleh sebab itu alamat yang didaftar perlulah betul. Betul ke pembayaran boleh dilakukan dengan cek

  37. salam.. saya telah mencuba utk membuka acc paypal tp tidak berjaya kerana masalah di bahagian nombor telefon… semua nombor telah saya guna kan tetapi tidak berjaya.. kenapa ye?

  38. Saya tersilap tulis 4 code yang dy minta tu. Terus akaun kene ban. N kena hantar dokumen ni.

    1. A valid photo ID (front/back copy)
    2. A recent card statement showing the last four digits of the card, your billing adresses and your full nama as registered on your PayPal acount.

    Boleh tolong jelaskan lagi? Terima kasih

    1. Salam Fadhil,
      1. Scan ic depan belakang
      2. Statement kad credit/debit yg tunjukkan nama penuh anda seperti yg diregister di Paypal

  39. mendaftar di paypal hrus mempunyai kartu kredit?
    klau menggunakan kartu ATM bank syariah mandiri bisa dipakai untuk mendaptar di paypal?

  40. salam kak..sy nak tanya..sy ada buat payment utk purchase barang dari laman web oversea.tp bila payment dah succesful, sy x dpt invoice , hanya dia pamerkan history transaction saja.mcm mana nak dapatkan invoice tu?

  41. assalamualaikum..tq sgt membantu dan mudah di ikuti…saya telah membuat akaun paypal dengan mudah sekali menggunakan cimb bank islamic… Terbaik…

    cuma persoalan saya… bagaimana caranya untuk mengetahui atau untuk membuat bayaran atau memasukkan kewangan kita ke dalam akaun paypal…

    contohnya cimb transfer ke paypal..mcm mana caranya …
    tq

    1. Wsalam Ramizan,

      Alhamdulillah, semoga panduan daftar paypal ni dapat membantu adik. Untuk topup hanya dari bank, setakat ni hanya RHB sahaja yang boleh. Bank lain tak boleh. Tq

  42. Salam ,sis ..sy dah buat akaun paypal ni guna akaun bsn ..tp tak bole verified. .sy kne ad online banking ke baru bole link kn dgn paypal ni ?? Tq

    1. Boleh, cuma ada limit yg dikenakan oleh Paypal dalam urusan transaksi online- hanya sehingga usd 2000.00 . Verifikasi juga membantu mengurangkan transaksi penipuan jika kad kredit dicuri atau penggunaan tanpa kebenaran akaun bank. Pengesahan membantu meningkatkan kepercayaan dan keselamatan, pembeli boleh berasa lebih yakin menjalankan perniagaan dengan penjual yang Verified iaitu peniaga yang boleh dipercayai .

  43. salam saya nak tanya. boleh tak sekiranya kita tak verify akaun paypal? tapi kita nak buat transaksi dengan pihak luar boleh? lagi satu, kalau kita verify tapi kita nak topup kewangan kita di paypal thru RHB bank, boleh tak macam tu?

    1. kalau menipu takkan saya boleh withdraw duit dik. Konsepnya anda buat, anda dapat. Klik iklan, dapat upah dlm usd.

  44. salam..The bank that
    issued your card didn’t approve this
    transaction. Please contact the card
    issuer.s customer service department if
    you have any questions. Or you can
    add a different card now to
    continue..msalah apa ye??..saya pakai RHB..pihak bank kata daftar kat intrnet dlu..tapi saya xtau dftar kt mna T_T

  45. Haii… nak tanya saya menjual lukisan fengshui dan sudah membuat paypal akaun dan dapat email spam kononnya harga lukisan yang saya jual tu 3000 dan saya sudah di bayar sebanyak rm3350 ..duit tu kena hold sebab saya tdak mpunyai baki sekurangnya dalm akaun 350 so sy kena kembali kan rm350 duit tu balik supaya saya boleh dapat duit 3000 tu..duit 350 tu kononnya dipotong dr akaun pembayar jadi saya kena pulangkan balik duit tu baru boleh dapat duit 3000 tu

  46. hi akak,saya nak tanya nie..saya ada buat jualan di internet dan saya telah mendapat pembeli untuk barangan saya. dia menyatakan dia akan membuat bayaran menerusi akaun Paypall.saya bersetuju dan terus membuka akaun paypall saya. selepas itu,dia pun buat bayaran dan saya menerima satu email dari paypall yang menyatakan dia telah membuat bayaran.tetapi masalah nya sekarang,mengapa paypall menyuruh saya membuat satu bayaran lagi kepada Western Union supaya transaksi wang tersebut berjaya. dan kata pihak paypall,setelah bayaran dibuat kepada pihak western union,kesemua duit akan dikembalikan semula kepada saya.harap akak boleh tolong bagi pendapat,saya tengah keliru nie..terima kasih akak..

    1. beware of that…ini cara orang untuk scam. kalau mereka suruh hantar guna western union, totally this is a method for scheming. padahal mereka tak pernah membuat satu sen pun kepada akaun u.

  47. Apa2 pun jgn percaya jika di suruh bayar dulu baru dpt duit tu semua. Ini adalah takrik terbaru kpd penipu2 dari luar negara….nasib sy belum membuat sebarang bayaran kpd western union…sila berhati2 dalam apa jua cara. Skrg pembeli yg suruh refund balik kan duitnya tu yg tak sampai2 kt sy pun dh hilang jejak dari watsap sy so situ sy tahu mereka adalah penipu….

  48. Assalam, sy dh cuba daftar paypal tapi masalanya dh beratus x sy masukkan password macam2 gabungan nama,symbol nombor dan masa masuk kan password paypal bagi tau strong tapi semua pun tk di terima dh berjam duduk depan komputer taip password saja macam mana ni

    1. Wslm, maaf tak dapat nak bantu, hairan juga, takkan paypal tak terima permohonan adik hanya disebabkan password? Cuba lagi di lain waktu

  49. akak sy x dapat buat dia cakap camni >>> “the bank that issued your card didnt approve this transaction”

  50. Terima kasih akak sebab buatkan tutorial ni.
    Utk info, bagi sesiapa yg nk buat akaun paypal ni, korang mstilah pastikan dlm bank korang ada duit sekurang-kurangnya rm20. Ini sebab, utk menggelakkan sebarang masaah terjadinya error yg macam ni keluar semasa pendaftaran ” the bank that issued your card didnt approve this transaction”. Sekadar berkongsi. Minta maaf kalau ada salah. ^_^

    1. Terimakasih banyak Fakhrul atas perkongsian ini.
      Saya mengalu-alukan sesiapa yg nak berkongsi pengalaman tentang masalah dalam pendaftaran Paypal dan penyelesaiannya di blog ni demi untuk panduan semua. Terimakasih sekali lagi 🙂

  51. As-salam sis, saya baru sahaja register Paypal account guna debit card verification. Soalan saya..bukan berkaitan dengan debit card, cuma paypal saya ni account type nya Personal ….agaknya ada masalah tak digunakan untuk sebarang urusan jual beli online ? Atau perlu ke saya upgrade? saya dah try klik button upgrade, cuma ada option upgrade untuk business… tapi itu memerlukan nama business. Agak2 boleh saya upgrade ke account business tapi guna nama saya sendiri as a business name? atau maintain jer guna akaun personal tu? Boleh sis bagi pendapat?
    Thanks xoxo

    1. Wsalam Ratna,
      Takde masalah dik, akaun Personal pun boleh, maintain je. Akaun Peribadi atau Personal ialah akaun untuk individu yang membuat pembelian online; Akaun Premier untuk individu yang membeli dan menjual secara online; Akaun Perniagaan atau Business untuk peniaga yang menggunakan nama syarikat atau kumpulan. Semua jenis akaun PayPal membolehkan anda untuk menghantar dan menerima bayaran.

  52. assalamu’alaikumwarahmatullah kak.
    respect akak atas semua respon sedari tahun2 sebelum ni lagi.

    1. boleh share berapa kurang lebih akak sudah terima duit melalui bisnes ni? kalau tak keberatan. nak tambah semangat sikit =)

    2. ada bisnes lain yg akak boleh kongsi?

    3. terima kasih akak

    1. Wsalam Azam,
      1) Setakat ni dah withdraw usd 199 dari clixsense..alhamdulillah, rahsianya ialah klik iklan hari2 dan cari org join bawah kita seramai yg mungkin, lagipun, free je..
      2) Bisnes lain yg akak buat ialah jual simkad jimat Onexox. Cuma share penjimatan prepaid ni pada rakan2 yg minat nak berjimat bil hp. boleh lihat facebook page akak di https://facebook.com/onexoxinfo

    1. Tiada had berapa downline yang boleh daftar di bawah kita. Adik boleh cari seramai yang mungkin, teruskan promosi

      1. bagaimana kita hendak mengetahui ac number paypal kita… contoh sesaorang hendak masuk kan duit ke dalam account papypal kita…number apa yg sepatutnya kita bagi.

        1. salam Ariffin,
          Akaun paypal ni tak guna number, hanya gunakan email. Contohnya jika seseorg nak masukkan duit, hanya berikan email paypal kita, orang tu boleh send money terus dari akaun paypal dia ke akaun paypal kita

    1. Salam, tak boleh nak pindah wang dari maybank ke paypal. buat masa ini, hanya boleh topup duit menggunakan akaun RHB. Jika tuan nak membeli menggunakan paypal, link-kan akaun paypal dengan kad debit/kredit, dan pembelian secara online akan menggunakan duit yg ada di kad debit/kredit yg telah di linkkan dengan paypal. Jika ada duit dlm paypal, boleh withdraw ke maybank, tapi nak pindah dr maybank ke paypal tak boleh.

  53. salam..akak aritu paypal da refund balik y rm10 utk verified akaun tu..tp sy x withdraw duit tu then br prasan balance akaun paypal jd 0..knp ea?thanks

    1. Salam, nak tambah (top-up) duit dari bank ke paypal cuma boleh gunakan rhb bank sahaja, maybank2u tak boleh. Jika nak beli online, hanya link-kan kad debit ke paypal, bayaran akan di tolak dari kad debit anda, dengan syarat ada duit dalam kad debit tersebut. Atau link-kan akaun paypal anda dengan kad kredit.

    1. Sudahkah anda sahkan akaun paypal?
      Tunggu email untuk activate akaun Paypal. Ini untuk pastikan email anda adalah sah. Kemudian korang klik ‘continue’ yang kat Pay with my Credit / Debit Card .

  54. Assalam….
    saya dah ada debit card dan dah daftar maybank2u. saya dah ikut semua step utk buka akaun paypal. Tetapi saya masih tak dapat code 4 angka statement bank walaupun saya dah klik di debit card history. Yg tertera hanya no transaction history walaupun saya dah topup debit card tersebut. Mengapa berlaku begitu dan bagaimana penyelesaiannya? T.Kasih

  55. salam. sekarang ni dah xada premier. saya register dia auto jadi personal. kalau nk upgrade pun hanya ada business sebagai option. mcm mana nak tukar premier?

    1. Paypal x boleh direct terus ke maybank2u dik, hanya boleh link paypal dengan kad debit atau kad kredit, jadi bila adik beli barang secara online dengan paypal, duit akan ditolak dari kad debit/kredit yang telah di link-kan dengan akaun paypal adik

  56. salam, saya nak tanya.. duit code rm10 yang paypal tolak tu,paypal akan pulang kan dalam masa berapa lama ya? dan di kembali kn ke dlm kwik atau acc paypal?
    jawapan anda amat sy hargai ..tq

  57. saya nak add kad dapat mesej ni:

    We were unable to process your credit card registration at this time. We apologize for the inconvenience. Please try again at a later date.

    macamana tu??

  58. Assalamualaikum…macam mana nak buka akaun paypal guna cimb debit card (mastercard)..bolek akak tunjukkan tutorial tak..TQ.

  59. Sy dah bkk akuan paypay tapi tersalah guna ke Business.sy nak guna guna yg biase balik mcm mana?dan satu lagi kalau nak tranfer duit ke paypal mcm mana?

  60. Salam kak….sya sdh pn withdraw duit ke account bank …kat paypal account sya ada tulis status transfferring complete…tpi bila check dkt mesin atm….duit blum ada…lgi 1 acount paypal sya msi unverified…adakah duit akn smpai jgk??

  61. Salam..macam mana untuk pastikan akaun paypal kita sudah diverify? Lpastu..knapa sy tk boleh link kad debit mastercard sy..sdah brapa kali sy cuba..tp tk dapat..

    1. Bila login akaun paypal, ada di tulis di situ samada akaun verified atau tidak. Cuba dengan kad lain atau telefon bank dan tanya hal ini. Biasa di kad debit tu ada nombor hotline bank

  62. Saya dh add card pastu tekan ready to confirm check maybank2u tak de pun transaksi.. saya tertekan kali kedua request new pin pastu dia charge lagi rm10 jadi dia ambil rm20… tolong macam mana nak dapatkan 4 digit kod tuu ??? saya baru buat ptg tadi..

  63. slam sis,
    sy dah register pay pal, tang nak verified akaun ada masalah:
    This card is not accepted. Please use a different card.
    kad sy maybank cherry. dah tikar yang Visa paywave.
    macam mana ye?

  64. macam mana nak dapatkan email paypal yang ada nama kita?walaupun saya dah daftar saya masih tak dapat email paypal atau nama saya…..apa yang perlu saya lakukan?sila ajar saya macam mana nak dapatkan email paypal atau nama saya sendiri…

  65. Assalamualaikum. saya nak Tanya, bila ada customer buat payment dlm akaun paypal kita, then kita akan receive emel from paypal for verification kan? then bila saya login paypal akaun saya, macam mana saya nak buat verification tu?

    1. Wsalam, saya juga tak pasti kenapa ianya tak diterima
      adik dah daftar maybank2u ke belum? Seeloknya daftar juga maybank2u
      adik boleh telefon ke talian customer service maybank yg ada di belakang kad debit adik menanyakan masalah ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *