Apakah perbezaan Autopay dan Autorenew dalam Program Neobux?

Pocket

Apakah perbezaan antara Autopay dan Autorenew dalam Program Klik Iklan Dapat Duit Neobux?

Autopay

Jika anda mengaktifkan AutoPay, pada klik pertama yang dibuat oleh rujukan sewa anda setiap hari, anda akan membayar untuk memastikan rujukan itu disewa semula pada hari berikutnya. Pada asasnya, anda akan membayar satu hari terlebih dahulu dari tarikh akhir rujukan sewa anda. Kosnya akan ditolak daripada baki sewa anda.

Jika rujukan sewa anda tidak klik, anda tidak akan membayar untuk hari yang berikutnya.

Jadi, bayangkan anda menyewa 50 rujukan sewa dengan perbelanjaan $ 10 untuk sewa sebulan. Daripada membayar $ 10 lagi pada bulan berikutnya (renew), anda boleh membayar untuk mereka setiap hari, berdasarkan klik pertama yang dibuat oleh rujukan sewa tersebut pada satu-satu hari.

Sebenarnya anda akan lebih menjimatkan wang dan anda tidak akan kehabisan rujukan. Juga, anda tidak perlu bimbang tentang tarikh akhir. Ia adalah lebih mudah untuk membayar dengan cara ini, ia juga lebih murah untuk anda kerana anda dapat menjimatkan wang untuk menyewa rujukan sewa yang aktif sahaja. Ini sesuai untuk ahli Standard yang tidak mempunyai rujukan sewa yang ramai.

Jika baki sewa anda tidak mempunyai dana yang mencukupi, ia akan memotong baki utama anda. Jika kedua-dua baki tidak mempunyai dana yang mencukupi, ia tidak akan dicetuskan dan hanya akan bekerja lagi apabila salah satu daripada baki mempunyai dana yang cukup.

Autorenew

AutoRenew adalah proses pembaharuan rujukan sewa anda secara automatik.

AutoRenew berfungsi setiap hari dan memanjangkan tarikh akhir rujukan anda berdasarkan tempoh pembaharuan yang anda pilih dan masa sebelum tamat. Anda boleh mengaktifkan AutoRenew dengan cara yang sama yang anda lakukan dengan AutoPay.

Untuk Autorenew, ada dua pilihan akan diberikan:

Tempoh/Period: Ini adalah masa untuk sewa rujukan anda dilanjutkan. Anda boleh memilih mana-mana tempoh pembaharuan manual biasa (15, 30, 60, 90, 150, dan 240 hari). Ada sedikit diskaun yang diberikan bagi setiap tempoh (kecuali bagi 15 hari).

15 hari – tiada diskaun
30 hari – 5% diskaun
60 hari – 10% diskaun
90 hari – 18% diskaun
150 hari – 25% diskaun
240 days – 30% diskaun

Sebelum/ Before: Masa sebelum pembaharuan automatik akan dicetuskan. Anda boleh memilih berapa hari yang anda mahu sebelum tarikh akhir sewa untuk fungsi autorenew rujukan anda dicetuskan.

Auto renew sesuai jika anda seorang upgraded akaun (Golden/Ultimate), baki dalam akaun yang banyak serta mempunyai rujukan sewa yang ramai.

Saya cadangkan anda memilih fungsi Autopay untuk rujukan sewa anda.

Cara mengaktifkan fungsi Autopay

1. Klik pada username anda

2. Kemudian klik pada “Referals”.

3. Pilih berapa ramai rujukan sewa yang anda inginkan. Ini berdasarkan baki dalam akaun anda, samada akaun sewaan(rental balance) atau akaun utama anda (main balance). 3 rujukan sewa berharga 0.6 usd, 5 rujukan berharga 1 usd, 10 rujukan berharga 2 usd, begitulah seterusnya, setiap orang rujukan sewa berharga 0.2 usd.

4. Anda juga boleh menambahkan wang dalam akaun sewaan anda, caranya ialah dengan mengklik butang disebelah kanan ” Add funds”

5. Kemudian boleh pilih cara anda nak lakukan pembayaran. Boleh guna Paypal atau Payza.

Selamat mencuba!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *